• Kam. Sep 19th, 2024

Eratkan Tali Silaturahmi, KPJ Kluang Gelar Majlis Tradisi Sempena Tahun Baru Cina

Byadmin

Feb 21, 2024

AMANAT Malaysia – Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Kluang Specialist Hospital seperti kebiasannya setiap tahunnya melakukan perayaan, seperti tradisi rumah terbuka yang telah menjadi keharusan bagi setiap keluarga di Malaysia.

Ianya menjadikan tradisi bagi meraikan tetamu dan jiran tetangga yang dekat mahupun jauh yang datang bertandang selain mengeratkan lagi tali persaudaraan diantara satu sama lain.

Tradisi ini juga tidak kurang hebatnya berlaku dikalangan jabatan jabatan kerajaan mahupun swasta.

Pada tahun 2024 ini, pusat pakar KPJ Kluang mengambil peluang menjamu penduduk sekitar, para pesakit, rekan kerja, rekan kerjasama, klinik swasta dan jabatan kerajaan dengan mengadakan rumah terbuka bersempena sambutan tahun baru cina.

Majlis ini dimulakan dengan tarian singa dan naga yang merupakan sebagai simbolik kepada tradisi masyarakat cina yang dikatakan membawa tuah kepada si pemilik rumah, dan kemudian diteruskan dengan ucapan aluan oleh En Mohd Azhar Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, KPJ Healthcare Wilayah Selatan.

Pada majlis ini diteruskan dengan pelancaran ”Dragon Maternity Package” bersempena tahun naga mengikut kalender qamari cina pada tahun ini dengan kerjasama yang dibuat dengan pihak Tabung Haji dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN).

En Azhar menyebutkan, paket (package) ini meliputi proses bersalin biasa (melahirkan) secara pembedahan dan menurutnya lagi pelanggan yang mengambil paket ini boleh memilih salah satu akuan, atau akuan yang dipilih akan didaftar terus serta dikreditkan RM100 selepas proses bersalin.

“Promosi ini hanya dijalankan di KPJ Kluang dan berlangsung sepanjang tahun 2024. Diharapkan ianya dapat sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua orang khususnya masyarakat sekitar Kluang,” kata En Mohd Azhar Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, KPJ Healthcare Wilayah Selatan, Senin 19 Februari 2024.

Lanjutnya, sebagai satu satunya hospital pakar swasta di kluang, pelbagai initiatif telah dilakukan oleh hospital Pakar KPJ Kluang bagi memenuhi pemintaan dan meningkatkan kemudahan para pelanggan.

Salah satunya dengan mengadakan klinik petang yang beroperasi dari jam 6 petang sehingga 9 malam. Ada jenis paket pemeriksaan jantung, Paket pengembara bagi pemeriksaan kesihatan dan pesakit dialysis yang memerlukan perkhidmatan dialysis, serta penambahan doktor doktor pakar pelbagai bidang.

En Azhar berkata lagi, insya allah pada tahun ini Hospital Pakar KPJ Kluang akan membuka makmal jantung (Calt-Lab). Semoga dengan adanya perkhidmatan ini, rawatan komprehensive kepada pesakit jantung secara intervensi dan invasif minimum dapat dilakukan.

“Kami mengharapkan semua pihak saling bahu membahu meningkatkan pelayanan yang terbaik untuk memberikan dukungan,” ujarnya.

Dalam kesempatan ini, General Manager KPJ Kluang Specialist Hospital, Nor Arfah menyampaikan, bahwa Negara Malaysia terus berupaya meningkatkan dan menggalakkan ekonomi lebih cepat.

Pihak swasta juga turut memberikan sumbangan untuk negara Malaysia, seperti yang dilakukan oleh Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Kluang Specialist Hospital.

“Dengan adanya dan menawarkan layanan kesehatan premium dengan harga kompetitif dan terjangkau, diantaranya  perawatan dan konsultasi yang banyak dicari adalah layanan kanker, jantung, saraf, tulang dan masalah kesehatan  termasuk anak-anak, bedah umum dan pemeriksaan kesehatan lainnya,” ungkapnya.

Dan ini pada gilirannya memungkinkan pihaknya untuk menawarkan pengalaman perawatan kesehatan yang lancar, menyeluruh dan komprehensif.

“KPJ Kluang Specialist Hospital juga telah memperkenalkan teknologi medis terbaru untuk melayani pasiennya dengan lebih baik, dan fasilitas ini tidak kalah canggih dengan teknologi yang ada di negara lain,” tutupnya

By admin

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *